Kampong Gelam Singapura Mempersembahkan "Cinta Cahaya Ramadan"

Kampong Gelam Singapura. Foto oleh: Humas Jill Sara

Penulis: Jill Sara

Editor: Fredy Suni

SINGAPURA, Tafenpah.com - Mulai 1 April hingga 8 Mei 2022, Kampong Gelam mempersembahkan cahaya menerusi Cinta Cahaya Ramadan . Kegiatan ini adalah bahagian dari kampanye #BagiUp yang diadakan sepanjang tahun dengan tujuan menarik para pengunjung dalam  kegiatan menyemarakkan warisan  Kampong Gelam. 

  

Diterajui oleh One Kampong Gelam, sebuah persatuan yang mewakili dan menyokong kepentingan perniagaan di presint berkenaan, Cinta Cahaya Ramadan menyajikan manajemen harian  yang cukup  menghibur sepanjang lima minggu yang dikendalikan oleh para sukarelawan dan masyarakat peniaga di situ. Para pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti di kawasan kejiranannya, termasuklah merayakan kembali bazar Ramadan sejak 2019, atau sekadar menghibur hati di rumah menerusi rancangan bercorak pendidikan yang disertai  hiburan,  muzik dan hiburan yang disiarkan melalui saluran Visit Kampong Gelam. 

  

Kepentingan Kampong Gelam Sepanjang Ramadan di Singapura 
 

Asalnya merupakan kawasan kediaman sultan-sultan Melayu tahun 1820-an, Kampong Gelam  kemudian beransur-ansur didiami orang-orang berlainan bangsa dan agama yang berhijrah ke sini pada abad ke-19 dan ke-20. Ia diwartakan sebagai sebuah kawasan pemuliharaan dalam 1989 bagi mengiktiraf warisan dan budayanya yang kaya. 

 

Ramadan disambut oleh umat Islam di seluruh dunia dengan mereka berpuasa selama sebulan, mengerjakan solat dan berusaha merefleksi diri.  Ia juga merupakan masa yang baik untuk memupuk disiplin, mengawal diri, melakukan pengorbanan, dan empati kepada mereka yang kurang bernasib baik. 

  

“Cahaya” melambangkan sinar terang yang menerangi Kampong Gelam dan sekali gus menghidupkan semangat Ramadan - bulan yang menyaksikan umat Islam di seluruh dunia menjalankan ibadah puasa, mengamalkan disiplin dengan penuh setia dan berusaha memenuhi tuntutan rohani,” kata Pengerusi One Kampong Gelam, Encik Mohammad Zaki Ma'arof. 

  

  

 “Kami berharap pada bulan ini, kami akan dapat mempertahankan tradisi sedia ada, menjejak sejarah dan nilai budaya, di samping memperkukuh daya tahan sosial dan semangat kampung di sini,” tambahnya 

  

Menghidupkan Semula Kampong Gelam Dalam Zaman 1960-an Menerusi Lensa Hari Ini 
  

Menerusi Light of Gelam atau Cahaya Gelam, pemetaan dan pencahayaan pintar akan sekali lagi digunakan pada permukaan bangunan Masjid Sultan.  Pertunjukan cahaya yang disokong oleh Epson Singapore dan berlangsung dua kali setiap malam ini pasti menakjubkan.  Lampu kristal juga dipasang di sepanjang garis-garis utama struktur monumen negara ini, sekali gus menonjolkan bentuk bangunan yang tersergam itu pada waktu malam. 

  

Bazar Ramadan yang tidak dapat dipisahkan daripada kawasan ini, juga telah kembali dalam bentuk Walk Thru Souq yang berinspirasikan pengaruh Arab di Jalan Kandahar. Menampilkan lebih 20 gerai merentasi tiga zon, bazar ini dianjurkan dengan kerjasama Laloolalang, sebuah organisasi setempat yang memperjuangkan keusahawanan tempatan dan pembangunan masyarakat. “Walk Thru Souq” ini turut disokong oleh Lazada Singapore, yang akan membantu para peniaga yang mengambil bahagian dalam memulakan perjalanan pendigitalan mereka. 

  

Kampong Gelam juga akan menawarkan acara lawatan dan bengkel eksklusif bagi mereka yang ingin tahu lebih lanjut mengenai Ramadan dengan menaiki Trishaw Uncle’s iaitu beca tiga roda  ke kawasan itu. Ianya adalah satu-satunya kembara menaiki beca di Singapura yang diluluskan oleh Lembaga Pelancongan Singapura. Selain dari itu, para pengunjung juga boleh kembara dengan menaiki tempat duduk sampingan Vespa vintaj yang pertama dirintis di dunia oleh Singapore Sidecars. Anda juga boleh menyaksikan bengkel-bengkel kerja tangan sebagai menghargai perdagangan dan perniagaan bersejarah di kawasan kejiranan, seperti pembuatan minyak wangi bersama SIFR Aromatics dan kraf kulit bersama Crafune. 

 

Sila lihat Lampiran A untuk maklumat lanjut tentang aktiviti di tapak semasa berlangsungnya Cinta Cahaya Ramadan. 

   

Cinta Cahaya Ramadan di Rumah 

 

Nikmati suasana perayaan daripada keselesaan di rumah dengan melihat gelagat Bunda Bedah & Mak Temah berjalan kaki 360° secara maya sambil menyorot suasana Ramadan di sekitar Kampong Gelam. Rasai nostalgia menerusi persembahan "langsung" di YouTube, yang menyingkap kembali kegiatan seniman jalanan atau e-belajar membuat kuih daripada Chef Mel Dean. 

 

Bergelak ketawa dengan kemunculan semula Siti Sally & Samad (menampilkan pelawak dan pelakon Singapura Suhaimi Yusof) ketika mereka berdua membawa anda ke lokasi membeli-belah terbaik di Kampong Gelam. 

  

Keselamatan Diutamakan Sepanjang Cinta Cahaya Ramadan 
 

One Kampong Gelam komited untuk memastikan Cinta Cahaya Ramadan sebagai ruang selamat pada tahun ini. Memandangkan kapasiti menampung pengunjung di kawasan ini adalah terhad, justeru orang ramai dinasihatkan agar menggunakan pengangkutan awam jika datang ke Kampong Gelam sepanjang Ramadan. 

 

Para pengunjung Kampong Gelam juga dinasihatkan supaya  mematuhi LangkahLangkah Pengurusan Selamat (SMMs), termasuklah menjaga jarak selamat satu  meter antara kumpulan dalam keadaan tanpa memakai pelitup.. 

 

Di Walk Thru Souq, petugas akan memantau dan menjejaki aliran para pengunjung di setiap pintu masuk.  Mereka akan dimaklumkan apabila kapasiti bazar telah mencapai had maksimumnya dan ketika itu para pengunjung dikehendaki beratur sebelum dibenarkan masuk ke bazar. Sistem pengesanan ini dimungkinkan oleh Smartcomm, rakan pemegang kepentingan Kampong Gelam. 

 

Ketua Projek dan Pengurus Presint,  Sudirman Bin Muzaini,  menambah:  “Kami berharap orang ramai boleh menikmati Cinta Cahaya Ramadan sambil kekal selamat dan melindungi orang tersayang di sekeliling kita.” 



Frederikus Suni Admin Tafenpah Group
Frederikus Suni Admin Tafenpah Group Salam kenal! Saya Frederikus Suni, Mahasiswa Ilmu Komunikasi Universitas Siber Asia || Menekuni bidang Jurnalistik sejak 10 tahun lalu. || Saya pernah menjadi Jurnalis/Wartawan di Metasatu dan NTTPedia. Selain itu, saya juga berkolaborasi dengan salah satu Dosen dari Binus university dan Atma Jaya, terutama Proyek dari Kementerian Komunikasi dan Informatika RI, dalam pendistribusian berita ke Pemerintah Provinsi Nusa Tenggara Timur. Saya juga pernah menjadi bagian dari Public Relation/PR sekaligus Copywriter dari Universitas Dian Nusantara (Undira) Tanjung Duren Jakarta Barat. Saat ini fokus mengembangkan TAFENPAH.COM dan juga menjadi kontributor di beberapa website tanah air, Kompasiana, Terbitkanbukugratis, Eskaber, PepNews, Lombokainsider. Tulisan saya juga beberapa kali dipublikasikan ulang di Kompas.com Saya juga menerima jasa pembuatan Website || Media sosial: YouTube: TAFENPAH GROUP || TikTok: TAFENPAH.COM || Instagram: @suni_fredy || Terkait Kerjasama dapat menghubungi saya melalui kontak ������ || WhatsApp: 082140319973 || Email: tafenpahtimor@gmail.com

Posting Komentar untuk "Kampong Gelam Singapura Mempersembahkan "Cinta Cahaya Ramadan""